Saham berkaitan tenaga diniaga secara aktif - Utusan Malaysia

Saham berkaitan tenaga diniaga secara aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Saham berkaitan tenaga yang diterajui oleh KNM dan Bumi Armada merupakan kaunter paling aktif diniagakan di Bursa Malaysia pada sesi pagi ini.

Ia berikutan pelabur memberi reaksi positif terhadap laporan berita bahawa Rusia dan Arab Saudi bersetuju untuk melanjutkan pengurangan pengeluaran minyak mentah untuk tempoh enam hingga sembilan bulan selepas Jun.

Pada pukul 11.34 pagi, KNM naik tiga sen kepada 28.5 sen manakala Bumi Armada menokok setengah sen kepada 22 sen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saham berkaitan minyak dan gas yang turut diniagakan secara aktif ialah Dayang Enterprise yang meningkat 5.5 sen kepada 62 sen, Perdana Petroleum menambah 3.5 sen kepada 38 sen, Sapura Energy naik setengah sen kepada 30.5 sen dan Hibiscus meningkat tiga sen kepada RM1.10.

Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan bersetuju dengan Arab Saudi di mesyuarat G20 baru-baru ini di Jepun untuk melanjutkan pengurangan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari dalam perjanjian (yang tamat pada akhir Jun) untuk tempoh enam hingga sembilan bulan lagi.

Maybank Investment Bank Bhd. (Maybank IB) mengekalkan saranan positifnya ke atas industri minyak dan gas berikutan ia menjangkakan pasaran minyak mentah akan memberi reaksi positif terhadap pengumuman tersebut.

“Paras harga minyak mentah yang stabil dengan turun naik yang minimum memberi prospek baik kepada pasaran berikutan ia mengurangkan risiko dan ketidaktentuan pasaran dan meningkatkan perbelanjaan modal,” katanya dalam nota kajian di sini hari ini.

Maybank IB berkata, harga minyak mentah dijangka kekal dalam julat AS$60 (RM248.13) hingga AS$70 (RM289.49) setong, dan firma penyelidikan itu menegaskan anggaran harga minyak mentah AS$65 (RM268.81) setong tidak berubah. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini