Bandar Guadalaraja diseliputi ais setebal 1.5 meter - Utusan Malaysia

Bandar Guadalaraja diseliputi ais setebal 1.5 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUADALAJARA, Mexico 1 Julai – Sebanyak enam kawasan di bandar ini diseliputi lapisan ais tebal yang berpunca daripada ribut ais.

BBC melaporkan, lapisan ais itu setebal setebal 1.5 meter di beberapa kawasan, malah ada yang menenggelamkan kenderaan.

Sehubungan itu, jentera perlindungan awam ditempatkan di kesemua kawasan terbabit bagi membersihkan jalan-jalan utama yang diseliputi ais.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak berkuasa tempatan juga melaporkan bahawa ada kawasan dilanda banjir dan banyak pokok tumbang, namun tiada laporan kecederaan mahupun kematian setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini