Imbuhan menanti Kedah jika bawa pulang Piala FA - Utusan Malaysia

Imbuhan menanti Kedah jika bawa pulang Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IMBUHAN yang menanti para pemain Kedah bakal menjadi topik perbinca­ngan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sekiranya skuad He­lang Merah itu berjaya menempah slot ke final seterusnya menjuarai trofi dalam kempen Piala FA musim ini.

Jaminan tersebut diutarakan Setia­usaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris sebelum skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu turun pada aksi timbal balik ke­dua separuh akhir de­ngan Felda United di Sta­dium Tun Abdul Razak, Jengka pada malam ini, selepas mereka terlebih dahulu menang 1-0 ketika beraksi di Alor Setar minggu lalu.

Asmirul memberitahu, pihaknya bersedia memberi ganjaran kepada pemain Kedah sekiranya mereka berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan dan membawa pulang trofi Piala FA 2019 ke bumi Kedah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami di pihak pengurusan enggan terburu-buru memikirkan soal imbuhan, namun ia tetap menjadi satu perbinca­ngan sekiranya Kedah mara dan menang di pentas final. Tetapi, mara ke final sahaja tidak cukup, sebaliknya pemain perlu pastikan Piala FA menjadi milik Kedah dahulu, barulah imbuhan atau ganjaran diberikan.

“Apa pun, sekarang pemain perlu membuktikan kemampuan mereka di Jengka esok (malam ini) terlebih dahulu sebelum mara ke pentas final.

“Jika sasaran yang diletakkan pihak pengurusan KFA dapat dicapai dengan baik dan mampu menjulang trofi Piala FA, sudah tentu ganjaran atau imbuhan bakal diberikan kepada pemain sebagai tanda penghargaan atas usaha dan sumbangan mereka kepada Kedah,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, Asmirul mengharapkan skuad Helang Merah mampu menunjukkan prestasi yang baik di Jengka supaya slot final menjadi milik mereka.

“Selepas aksi pertama, perbincangan bersama Aidil Sharin telah dilakukan terhadap bagaimana pasukan mahu melengkapkan pusingan separuh akhir de­ngan kemenangan di Jengka.

“Saya mahu melihat penyudah pasukan kali ini lebih baik kerana kita tahu Felda United tidak akan memberi laluan yang mudah buat kami di laman mereka.

“Berdasarkan aksi minggu lalu, saya yakin Kedah mampu menunjukkan ­prestasi yang lebih baik meskipun Felda United telah memberikan amaran awal buat kami di Alor Setar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini