787 Dreamliner kini disiasat - Utusan Malaysia

787 Dreamliner kini disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 29 Jun – Susulan beberapa masalah yang dikesan dalam pengendalian operasi pesawat Boeing 737 MAX, Pendakwa Raya Persekutuan Amerika Syarikat (AS) bertindak meluaskan siasatan meliputi pesawat jenis lain.

CNN yang memetik The Seattle Times melaporkan, pesawat itu adalah Boeing 787 Dreamliner yang sebelum ini turut berdepan pelbagai masalah.

Sumber memberitahu, Jabatan Kehakiman (DoJ) mengeluarkan sepina kepada Boeing untuk rekod-rekod berkaitan pengeluaran Dreamliner di South Carolina.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumber lain pula menyatakan, beberapa pekerja di kilang pengeluaran Dreamliner dekat North Charleston, South Carolina telah menerima sepina pada awal Jun ini daripada ‘kumpulan pendakwa raya sama’ yang menyiasat nahas membabitkan dua pesawat 737 Max 8.

Jurucakap Boeing berkata, mereka tidak mahu mengeluarkan sebarang komen berkaitan soal perundangan.

Siasatan terhadap 737 MAX dan Dreamliner dilakukan ekoran nahas melibatkan dua pesawat 737 MAX 8, milik Lion Air dan Ethiopian Airlines.

Baru-baru ini, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mendedahkan masalah terbaharu yang melibatkan pesawat Boeing model 737 MAX.

Menurut FAA, lebih 300 pesawat model tersebut dan mo­del lama mungkin dilengkapi peralatan yang tidak menepati piawaian serta mahu perkara itu diganti dengan segera.

Jurutera Boeing sedang cuba mengatasi ‘kecacatan’ itu yang menyebabkan kelewatan bagi pensijilan semula pesawat berkenaan.

FAA mengenal pasti persamaan antara dua pesawat Boeing yang terhempas hingga mengorbankan 346 nyawa khususnya melibatkan ciri ke­selamatan automatik pesawat yang dikenali sebagai MCAS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini