LGBT ‘serang’ nilai tradisi kekeluargaan - Utusan Malaysia

LGBT ‘serang’ nilai tradisi kekeluargaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 28 Jun – Presiden Rusia, Vladimir Putin menyifatkan ideologi liberalisme di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) sudah semakin ‘menyimpang da­ripada tujuan asal’.

Mail Online melaporkan, Putin mengkritik pandangan Barat mengenai hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), pendatang asing dan budaya majmuk yang didakwa ‘menyerang nilai-nilai tradisi kekeluargaan’.

Putin berkata demikian dalam satu wawancara bersama majalah Financial Times dan beliau turut mendakwa Canselor Jerman, Angela Merkel melakukan ‘kesalahan yang tidak boleh dimaafkan’ pada 2017 apabila membenarkan kemasukan jutaan pelarian ke negara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Golongan liberal tidak boleh sewenang-wenangnya mengarahkan sesiapa untuk melakukan apa yang mereka ingini selama beberapa dekad ini. Idea liberal perlu dilihat seperti tiada apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Tambah Putin, setiap perbuatan jenayah perlu dihukum, selain ideologi liberal sudah semakin lapuk.

Dalam pada itu, Presiden Rusia itu sempat memuji Presiden Amerika Syarikat (AS), Do­nald Trump yang berusaha menyekat kemasukan pendatang dan penyeludupan dadah ke negara itu.

Putin juga memaklumkan, hubungan Rusia dengan United Kingdom (UK) semakin baik biarpun kedua-dua negara saling me­nuduh antara satu sama lain berhubung kes cubaan membunuh bekas ejen perisik Rusia, Sergei Skripal dan anak perempuannya di Salibury pada Mac tahun lalu.

Selain itu beliau menegaskan, kerajaan yang mengamalkan ideologi liberal dilihat sanggup mengabaikan rakyat mereka hanya semata-mata ingin­ ‘menghalalkan’ sentimen pelbagai budaya dan LGBT.

“Saya tidak ingin menghina mana-mana pihak dan kami juga tiada masalah dengan golongan LGBT. Biarlah mereka hidup seperti yang mereka ingin­kan.

“Namun, ada sesetengah perkara itu dilihat keterlaluan. Negara-negara liberal mendakwa kanak-kanak hari ini boleh menjadi sesiapa sahaja yang mereka inginkan termasuk keinginan menukar jantina,” jelasnya.

Tambah Putin, perkara itu tidak sepatutnya menenggelamkan budaya, tradisi dan nilai-nilai kekeluargaan yang aza­linya bertujuan harmoni dan sejahtera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini