MENURUT mantan presiden Royal Society of Physicians, Sir Richard Thompson,“Berkebun dapat membantu orang-orang yang sakit, misalnya strok dengan kelumpuhan untuk menggerakkan anggota tubuh mereka serta pesakit artritis. Berkebun membantu mengalihkan fikiran mereka daripada rasa sakit, kerana fokus pada tanaman,” kata Sir Richard. Doktor boleh mencadangkan kegiatan berkebun kepada pesakit untuk memberikan manfaat secara psikologi mahupun fizikal.
Efek kadar kolesterol tinggi pada otak
PENYELIDIK dari Pusat Perubatan Universiti Leiden di Belanda, Dr. Roelof Smit mendedahkan individu yang paras koleterol yang tinggi dalam darah menunjukkan skor terendah dalam ujian kognitif (bahagian otak yang berfungsi untuk perhatian, memproses maklumat dan memori). Kajian dilakukan ke atas 4,000 warga emas yang mengambil ubat penurun kolesterol, Statin selama tiga bulan.
Alzheimer, penyakit diabetes otak?
SELAIN penuaan, diabetes adalah faktor risiko penting terjadinya penyakit Alzheimer. Dalam konferens antarabangsa Alzheimer Association Internasional di Toronto pada 24-28 Julai lalu, sejumlah pakar menyebutnya sebagai diabetes jenis 3. Diabetes menyebabkan tubuh menghasilkan protein, beta amiloid. Secara semual jadi tubuh kita memiliki beta amiloid ini yang kemudiannya larut di dalam tubuh. Namun pada kes Alzheimer, beta amiloid ini berkumpul di otak. Ia terjadi disebabkan tubuh kekurangan insulin.
-Mingguan Malaysia-











