Tablet terbakar ketika budak lelaki tidur - Utusan Malaysia

Tablet terbakar ketika budak lelaki tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang budak lelaki berumur 11 tahun, Callum Hewkin, terselamat selepas komputer tablet miliknya terbakar dan mengakibatkan tilam mangsa berlubang ketika dia sedang tidur, lapor Mirror.co.uk kelmarin.

Budak lelaki itu hanya menyedari tablet Samsung itu terbakar dan api merebak pada tilamnya ketika bangun dari tidur, Khamis lalu di kediamannya di Staffordshire, England.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Staffordshire berkata, kanak-kanak itu bernasib baik kerana api padam dengan sendiri dan tidak marak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keluarga itu membeli tablet tersebut empat tahun lalu dan ia menggunakan pengecas original.

Bagaimanapun, tablet itu menjadi panas selepas dicas selama sembilan jam lalu terbakar.

Susulan insiden tersebut, pihak berkuasa menasihati orang ramai supaya tidak membiarkan peralatan komputer seperti telefon bimbit dan tablet mereka dicas terlalu lama.

Bapa Callum, Stewart meminta ibu bapa memastikan anak-anak mereka tidak membawa dan meletakkan telefon bimbit atau tablet di atas tilam semasa mereka tidur.

“Malam selepas kejadian, kami tidak lagi meletakkan telefon bimbit yang sedang dicaj. Terlalu ramai orang yang meletakkan telefon bimbit yang sedang dicaj di bawah tilam tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini