Liga Super: JDT juara kali ke-6 - Utusan Malaysia

Liga Super: JDT juara kali ke-6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan apabila sah menjulang kejuaraan Liga Super musim ini selepas menewaskan Melaka United 2-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.

Pada aksi tersebut, Nazmi Faiz Mansor dan bintang import sensasi Harimau Selatan, Diogo Luis Santo masing-masing meledak gol pada babak pertama sebelum kapten Melaka United, Shukor Adan menjaringkan gol sagu hati buat pasukan tuan rumah pada penghujung perlawanan.

Kemenangan tersebut sekali gus mengesahkan dominasi JDT yang berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut sejak kali pertama bergelar juara pada edisi 2014.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih manis, kejayaan itu berjaya dilakar oleh skuad kendalian Benjamin Mora ketika saingan liga masih berbaki empat perlawanan dengan meraih 46 mata dan dibezakan 16 mata berbanding pencabar terdekat, Pahang di kedudukan kedua.

Keputusan itu turut mengesahkan JDT bakal meraih tiket automatik sebagai wakil Liga Malaysia (Liga M) untuk bersaing pada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini