bayi

Jenazah bayi ditikam selamat dikebumi

KAKITANGAN Pejabat Agama Kemaman membawa jenazah bayi yang dipercayai ditikam ibunya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Bandi di Kemaman, hari ini. -UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Jenazah bayi lelaki yang mati dipercayai ditikam ibunya yang berusia 15 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Bandi, di sini, hari ini.

Jenazah dikebumikan kira-kira pukul 11.05 pagi selepas seminggu menemui ajal.

Urusan pengebumian bayi seberat 2.49 kilogram itu dikendalikan kakitangan dan pegawai Pejabat Agama Daerah Kemaman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan ialah Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan dan ahli keluarga. 

Selasa lalu, seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditemukan mati dengan kesan tikaman pada bahagian dada di sebuah rumah di daerah ini. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini