Rogol remaja 15 tahun: Polis buru Mohammad Hazuarie 

Rogol remaja 15 tahun: Polis buru Mohammad Hazuarie 

MOHAMMAD Hazuarie Hassan dipercayai merogol remaja berusia 15 tahun yang terlibat dalam kes pembunuhan bayi di Kemaman, Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Polis mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun bagi membantu siasatan kes rogol remaja bawah umur di daerah ini, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek dikenali sebagai Mohammad Hazuarie Hassan itu beralamat di Bandar Seri Bandi di sini.

Katanya, tindakan tersebut susulan laporan polis dibuat mangsa berusia 15 tahun itu selepas ditahan kerana disyaki membunuh bayi yang baharu dilahirkan, Selasa lalu.

“Kita minta suspek dan keluarga bekerjasama dengan tampil menyerah diri bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

“Kediaman keluarganya kosong dan kita percaya dia sudah lari ke utara Terengganu,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Hanyan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohammad Hazuarie boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Afif Mohd. Amin  (012-6380342) atau balai polis terdekat.

Selasa lalu, bayi lelaki seberat 2.49 kilogram ditemukan mati dengan kesan tikaman di dada dipercayai dibunuh ibunya di sebuah rumah di daerah ini.

Mangsa yang merupakan anak sulung kepada remaja berusia 15 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sebelum laporan polis dibuat kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pemeriksaan menemukan kesan tikaman pada bahagian dada kiri bayi itu akibat penggunaan objek tajam.

Katanya, remaja yang keciciran pelajaran sejak tiga tahun lalu itu dipercayai bersendirian di rumah ketika melahirkan anaknya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×