Penata rias teraju utama fotografi fesyen - Utusan Malaysia

Penata rias teraju utama fotografi fesyen

Faizal Nasution (gambar atas kanan ) pada sesi fotografi bersama Jurufoto, Mazlan Yunos di Studio.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penghasilan gambar yang baik, memerlukan sesi fotografi disusun terlebih dahulu sebelum ianya diadakan. Pasukan kreatif dibentuk dengan kehadiran penyelaras, jurufoto, jurusolek, pereka grafik dan penata rias atau lebih dikenali sebagai Stylish.

Pasukan kreatif ini akan menentukan pemilihan busana, konsep dan hala tuju sesuatu sesi.

Kebelakangan ini, penata rias dilihat begitu penting, kerana hampir keseluruhan kejayaan sesuatu projek bergantung kepada mereka. Chelek, Tym Fatimah, Jiman Casablancas dan ramai lagi cukup sinonim dengan penghasilan muka depan majalah yang menarik.

Faizal Nasution, pelajar Jurusan Seni Halus dan Grafik Cosmopoint sudah hampir 20 tahun menjadi penata rias cover dan sesi fotografi fesyen. Beliau berpendapat, penata gaya atau pereka gaya umpama ‘aksesori’ kepada sesebuah projek fotografi.

Ia umpama pelaksana kepada teras konsep yang telah ditetapkan dan dipersembahkan menerusi visual penataan gaya kepada subjek. Suai padan pakaian, aksesori dan solekan serta dandanan dirancang dan dilaksanakan mengikut konsep yang telah ditetapkan.

Ini termasuklah mencari, memilih dan mengadun unsur pakaian, aksesori, solekan dan dandanan agar mencapai nisbah dan piawaian gaya yang telah dibincangkan.

Bila ditanya tentang trend terkini memasuki tahun 2022, sebagai negara Asia, Malaysia tidak dipengaruhi oleh mana-mana kitaran fesyen mengikut kitaran empat musim negara-negara lain.

Pun begitu, ia tidak bermaksud kita perlu mengelak atau mengabaikan kepentingan untuk turut serta mengikut arus atau aliran gaya terkini. Solekan asli dengan sentuhan lebih berani pada bahagian mata masih bertakhta.

Menstruktur kembali wajah dengan teknik shading dengan lunak dan asli juga masih bertahan manakala gaya oversize dengan warna-warna yang lebih terang juga mula mendapat perhatian.

Bergayalah semahunya asalkan nisbah pakaian, aksesori, solekan dan dandanan menjadi tepat. Jenama mewah bukanlah segalanya dan andai kita bijak mengadun gaya, semuanya pasti nampak mewah dan hebat!

Kerjaya penata seni kini semakin meluas, khidmat mereka kini dipertanggungjawab menjadi stylish kepada VVIP, artis dan orang perseorangan yang ingin kelihatan sentiasa bergaya. Pekerjaan ini diperlukan bagi label antarabangsa dan tempatan untuk mencorakkan kempen tahunan bagi meningkatkan jualan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×