BIBIR hitam tidak berbahaya tetapi boleh mengganggu penampilan dan keyakinan diri seseorang terutama wanita.
Menurut doktor perubatan estetik, Dr. Nurmaliza Abdul Rahim, bibir hitam terjadi disebabkan penghasilan melanin berlebihan yang menyebabkan pigmentasi. Malah penggunaan gincu yang tamat tempoh juga boleh meningkatkan risiko allergic reaction.
“Alahan kepada bahan yang terdapat dalam gincu juga boleh menyebabkan keradangan (allergic contact cheilitis) membuatkan bibir mendapat keadaan yang dipanggil post inflammatory hyperpigmentation (PIH) menjadikan bibir gelap,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Antara punca lain bibir gelap ialah pendedahan kepada cahaya matahari tanpa perlindungan tabir suria, kurang air dalam badan (bibir yang kering dan pecah boleh menampakkan bibir gelap) dan pengambilan kafein berlebihan.
“Kerap menjilat bibir pun tidak elok. Ia boleh menyebabkan iritasi serta air dalam badan mudah evaporates menjadikan bibir gelap,” katanya.
MERAHKAN BIBIR:
1) Pakai krim pencerahan diperkaya bahan aktif seperti vitamin C, kojic acid dan arbutin. Pakai dalam tempoh dua hingga tiga bulan.
2) Rawatan Chemical Peel yang dirumus khas untuk bibir seperti trichloroacetic acid (TCA) peel, glycolic acid dan mandelic peel. Rawatan ini bertindak sebagai exfoliator yang membantu mempercepatkan penukaran kulit lama. Proses ini boleh dilakukan sebulan sekali.
3) Rawatan Q-Switched Nd: YAG Laser untuk pinkish lips atau memerahkan bibir gelap.
4) Rawatan Pico Laser yang mempunyai Wavelength 1064 berupaya menembusi ke dalam kulit dan memusnahkan pigmentasi. Laser ini memecahkan pigmen menjadi fragment kecil yang akan dibuang oleh badan.
“Rawatan ini paling banyak yang dilakukan di klinik-klinik estetik kerana ia hanya mengambil masa 15 hingga 30 minit. Untuk mendapatkan hasil optimum rawatan perlu dilakukan antara tiga hingga enam sesi.
5) Rawatan Dermal Filler amat sesuai untuk bibir berumur yang kering, merekah dan gelap.
Rawatan Dermal Filler ini diperbuat daripada Hyaluronic Acid yang dijumpai secara semula jadi dalam badan. Rawatan ini memberi kelembapan, melembutkan tekstur bibir dan seterusnya membantu menampakkan bibir penuh, merah dan mungil.
KESAN SAMPINGAN:
Kebanyakan rawatan memerahkan bibir adalah selamat dan kurang risiko. Namun dapatkanlah nasihat dan rawatan daripada doktor bertauliah kerana setiap orang tidak sama.










