Zahid belum bersalah jika dipanggil bela diri - Utusan Malaysia

Zahid belum bersalah jika dipanggil bela diri

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Status kelayakan seseorang ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak hilang walaupun dipanggil membela diri berhubung sebarang pertuduhan di mahkamah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, status wakil rakyat hanya akan hilang sekiranya seseorang itu telah disabitkan bersalah oleh mahkamah.

“Hilang kelayakan bila di­sabitkan saja. Namun jika mahkamah tertinggi membebaskan beliau setelah membuat rayuan maka kelayakan beliau dikembalikan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seorang ahli Parlimen hilang kelayakan apabila disabitkan bersalah oleh mahkamah dengan hukuman penjara tidak kurang setahun atau denda minimum RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas.

Nasib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pe­ngubahan wang haram membabitkan nilai puluhan juta dana Yayasan Akalbudi akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Sama ada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu diperintah membela diri atau dibebaskan daripada kesemua pertuduhan akan ditentukan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah selepas selesai mendengar keterangan seramai 99 orang saksi pendakwaan bermula 18 November 2019.

Dalam tempoh itu, hakim berkenaan turut mendengar dan meneliti pembentangan hujah kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan yang berlangsung selama 24 hari bermula 6 September 2021.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Zahid, 68, didakwa atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Beliau didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×