PRN bukan tempat ‘bunuh’ parti lain - Utusan Malaysia

PRN bukan tempat ‘bunuh’ parti lain

AHMAD NAWFAL MAHFODZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) sepatutnya diadakan demi kepentingan rakyat, bukan untuk ‘membunuh’ parti politik lain.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, niat dalam perjuangan perlu diperbetulkan kembali kerana dilihat ada yang ‘terpesong’ demi kepentingan sendiri, sekali gus menegaskan rakyat perlu mennilai perkara ini dengan lebih teliti.

“Kita tidak harapkan pilihan raya dalam masa terdekat sebab kita nak menstabilkan keadaan endemik. Keutamaan kita adalah rakyat, tetapi kalau ada pihak yang berusaha untuk mengadakan PRN, kita akan sentiasa bersedia jika waktunya telah sampai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, kita akan terus hadapi dan apa yang penting, menangnya sesebuah parti dalam pilihan raya bukanlah semata-mata untuk survival politik kepartian, tetap untuk rakyat.

“Siapa yang mendakwa PRN adalah jalan untuk membunuh karier badan politik lain, itu tidak telus namanya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Pilihan Raya Nege­ri (PRN) Johor bakal memberi gambaran sebenar mengenai kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Penganalisis politik, Prof. Dr. Azmi Hassan berkata, ini kera­na Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Ahli Parlimen Pagoh sekali gus memberi gambaran sama ada parti tersebut diterima rakyat ataupun tidak.

Mengulas lanjut, Nawfal yang juga Ketua Pemuda Pas Johor turut berkata, PN diterima baik di Johor di mana Bersatu dan Pas saling bergantung atas kekuatan jentera masing-masing.

“Hasil kerjasama daripada satu parti sahaja tidak cukup dan sekarang kita sentiasa me­rancang antara satu sama lain. Kita tidak merasakan UMNO adalah ‘giant’ sebab mereka pernah kalah dan kami pun biasa dengan kekalahan.

“Pas dan Bersatu sudah kemas dan saya percaya kalau UMNO bersama kita, ia akan mendatangkan kekuatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×