Sepanjang mengharungi detik sukar ketika pandemik Covid-19 melanda negara, terlalu banyak perkara asing yang telah merubah norma kehidupan kita.
Sebagai antara petugas barisan hadapan yang menyaksikan dengan lebih dekat situasi ini, sekumpulan jurufoto media mengadakan sebuah pameran foto bertajuk ‘Pemulihan: Pembaharuan’.

Seramai 43 jurufoto terlibat yang terdiri daripada pelbagai agensi. Foto-foto yang dipamerkan adalah pelbagai situasi ketika negara dilanda pandemik Covid-19.
Tujuan pameran adalah menceritakan tentang kehidupan rakyat dari pelbagai latar belakang yang terkesan dari segi mental, fizikal, ekonomi dan sebagainya selain mendidik masyarakat tentang akibat virus tersebut di dalam bentuk fotografi.
Pameran yang berlangsung dari 15 November hingga 5 Disember ini di The Publika Shopping Gallery Kuala Lumpur ini turut disokong dan ditaja oleh Yayasan Hasanah, UEM Sunrise Bhd dan Balai Seni Negara.











