Bintik hitam dan kulit berminyak merupakan antara masalah kulit yang paling kerap dihadapi remaja.
Apabila mencapai usia baligh, kelenjar minyak remaja menjadi aktif sehingga menghasilkan minyak berlebihan.
Bintik hitam terbentuk akibat daripada lebihan ini serta daripada penambahan sel kulit mati di dalam folikel rambut.
Keperluan menggunakan pelitup muka sepanjang musim wabak ini menyebabkan keadaan kulit menjadi lebih buruk lagi akibat daripada kotoran dan bakteria terperangkap bawah permukaan kulit.
Tanpa penjagaan dan rawatan yang betul, bintik hitam berkemungkinan menyebabkan liang pori membesar.
OXY, jenama penjagaan kulit untuk remaja, memperkenalkan OXY Anti-Blackhead Gel baharu, dirumus khas menangani masalah bintik hitam.
Ia lembut pada kulit serta berkesan menghilangkan bintik hitam yang biasanya muncul pada permukaan hidung.
Bahan berkesan terdapat dalam rumusan ini termasuklah:
i) Asid Glikolik (AHA) dan Asid Salisilik (BHA)
Asid Glikolik dan Asid Salisilik adalah bahan aktif yang menyasarkan lapisan kulit berlainan. Ia mengelupas dan menyingkirkan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Manakala, Asid Salisilik menembus secara mendalam ke dalam kulit untuk membersihkan kotoran dan minyak yang terperangkap di dalam liang pori bagi memastikan kulit di permukaan hidung bersih dan licin.
Asid Salisilik digunakan dalam produk ini berasal daripada Ekstrak Daun Wintergreen, yang merupakan Asid Salisilik 100 peratus semula jadi yang bermanfaat dalam penjagaan kulit seperti membersihkan kulit, menyingkirkan minyak berlebihan dan akhirnya membantu menghilangkan bintik hitam.
ii) Ekstrak Daun Witch Hazel
Dengan kemungkinan adanya keradangan yang disebabkan oleh pengelupasan, produk ini dirumus dengan Ekstrak Daun Witch Hazel yang berfungsi menenangkan kulit dan mengurangkan keradangan.
Selain daripada itu, Ekstrak Daun Witch Hazel juga membantu mengecilkan liang pori untuk mengurangkan penampilannya pada bahagian yang bermasalah.
iii) Ekstrak Centella Asiatica Asli yang Tinggi
Ekstrak Centella Asiatica menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit, yang membantu memperbaharui dan memperbaiki sel kulit. Bahan ini juga didapati membantu menenangkan keradangan, melegakan kemerahan, dan memperbaiki kulit untuk mencapai tona kulit yang sekata.
OXY Anti-Blackhead Gel sebaiknya digunakan selepas membersihkan kulit. Selepas mengeringkan kulit, picitkan sejumlah gel mencukupi pada hujung jar dan sapukan pada bahagian hidung.
Biarkan kering selama tiga hingga lima minit. Urut dengan lembut untuk menyental dan menghilangkan bintik hitam. Akhir sekali, bilas dengan air.
Produk ini disyorkan untuk digunakan dua hingga tiga kali seminggu. Kaedah penyingkiran bintik hitam tradisional seperti penggunaan alat atau memicit dengan jari kita berisiko untuk menyebabkan parut kekal pada kulit serta menyebabkan kerosakan pada permukaan kulit. Oleh itu, pengelupasan kimia yang lembut adalah pengantian yang sewajarnya.










