Tiada ‘abang besar’ dalam PN - Gerakan - Utusan Malaysia

Tiada ‘abang besar’ dalam PN – Gerakan

Tarik diri PRN, Gerakan gantung Jawatankuasa Perhubungan Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka signifikannya bukanlah hanya kepada parti Melayu, tetapi turut membawa makna besar kepada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Menegaskan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Naib Presidennya, Datuk Seri Michael Gan Peng Lam berkata, Gerakan perlu menang di kerusi yang ditandingi demi membuktikan keputusan parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bukan satu kesilapan.

Beliau berkata, logo Perikatan Nasional (PN) yang bakal digunakan kali pertama oleh mereka dalam PRN kali ini dilihat berpotensi membantu kemenangan calon Gerakan termasuk misi merampas semula kerusi tradisi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu (dahulu Bachang) daripada Pakatan Harapan (PH).

Apa yang lebih penting, ujarnya, tiada komponen yang bertindak sebagai ‘abang besar’ dalam gabungan tersebut, justeru menjadikan urusan pembahagian kerusi dapat dilakukan secara adil dan konsensus.

“Dulu dalam BN kita selalu ikut sahaja apa yang UMNO cakap, UMNO jadi abang besar apa yang disebut kita kena ikut. Tapi dalam PN kita semua sama taraf. Masing-masing adalah rakan kongsi dalam PN.

“Dahulu kita keluar atas dasar isu-isu rasuah. Satu dunia tahu apa yang terjadi, tapi masih ada rakyat Malaysia yang percaya ia sekadar dusta,” katanya yang juga Pengerusi Gerakan Melaka.

Pada 23 Jun 2018, Gerakan mengumumkan keluar daripada BN untuk menjadi parti bebas yang konstruktif.

Kemudian pada 11 Februari lalu, Gerakan secara rasmi diterima sebagai salah sebuah parti anggota PN.

Mengulas berkenaan jumlah kerusi yang akan ditandingi dalam PRN Melaka, Michael enggan mendedahkan angka, sebaliknya hanya memberi bayangan ia lebih daripada satu.

“Kita ada minta beberapa kerusi yang majoriti bukan Melayu dan kawasan campuran. Apa yang pasti lebih daripada satu. Dulu bersama BN kita dapat satu sahaja iaitu Bachang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×