Melaka akan pilih UMNO, BN - Ahmad Zahid  - Utusan Malaysia

Melaka akan pilih UMNO, BN – Ahmad Zahid 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan, rakyat Melaka akan memilih UMNO dan Barisan Nasional kerana parti itulah kestabilan dan kemakmuran yang dirindui mereka.

Beliau berkata, pada masa ini, sesiapa sahaja boleh membuat andaian tentang apa yang berkemungkinan berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, walau segala telahan mahupun pandangan, penentu sebenar adalah rakyat Melaka yang berkuasa untuk memilih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mandat telah dikembalikan kepada mereka untuk menentukan kerajaan yang akan mentadbir Melaka. 

“Maka, kita meyakini kebijaksanaan orang Melaka memilih parti politik yang terbaik kali ini kerana sejarah mendewasakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Pada 18 Oktober lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai tarikh PRN Melaka bagi mengisi kekosongan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, PRN terpaksa diadakan selepas pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertuan DUN Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berhubung pembubaran DUN ke-14 pada 4 Oktober lalu, sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan negeri.

Sehubungan itu, SPR telah menetapkan hari penamaan calon pada 8 November manakala hari mengundi awal pula adalah 16 November.

Menurut Ahmad Zahid, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan persepsi rakyat secara umumnya terhadap parti-parti politik juga sudah jauh berubah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, sekiranya dahulu, sebahagian rakyat digoda dengan pelbagai janji manis dan hasutan politik kebencian terhadap UMNO.

“Hari ini orang Melaka sudah merasai dan mengetahui natijah politik tipu daya yang merosakkan seperti itu, maka PRN Melaka langkah pertama untuk rakyat Malaysia memperbetulkan keadaan dan restore kemakmuran.

“Insya-Allah Melaka akan memilih UMNO atau BN kerana itulah kestabilan dan kemakmuran yang dirindui,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×