Kata putus kerjasama BN-PN tidak wajar dilengahkan - Muhyiddin -

Kata putus kerjasama BN-PN tidak wajar dilengahkan – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin (dua dari kiri) bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar sesi libat urus MPN peringkat negeri di Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini, sekiranya tiada kata putus yang jelas daripada Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu sewajarnya tidak dilengah-lengahkan memandangkan tarikh penamaan calon yang semakin hampir.

Jelas beliau, komponen PN selain Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) juga sudah bersetuju, andai perlu berdepan pertembungan tiga penjuru.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita (PN) belum dapat jawapan yang jelas dan tegas berkenaan kerjasama ini. Sebagai sebuah parti gabungan dalam PN, kita tidak boleh berlengah lagi. Jika tiada isyarat yang jelas, kita akan bertindak mengikut keputusan apa yang telah dibuat oleh PN kebangsaan.

“Kita sudah ada keputusan. Bila tiba hari penamaan calon nanti, tengoklah sama ada gabungan atau tidak,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar sesi libat urus Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) peringkat negeri di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen.

Teka-teki kerjasama antara BN dan PN pada PRN Melaka masih belum terjawab selepas tiada keputusan jelas dicapai terutamanya daripada UMNO.

Namun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan UMNO mungkin tidak bersendirian, selain mendedahkan banyak pihak yang tampil untuk bekerjasama.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, beliau bersedia untuk berbaik memandangkan semua pihak kini perlu berdepan realiti politik.

“Hasrat saya untuk berbaik dengan semua tidak kira ummah atau perpaduan ummah, itu perkara biasa dan kita alu-alukan.

“Tetapi dalam politik tidak ada perpaduan ummah pun, yang dilihat hanya perpaduan dan kepentingan parti politik,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×