'Anak dara jangan malas' - Che Ta - Utusan Malaysia

‘Anak dara jangan malas’ – Che Ta

CHE Ta muat naik tips pikat hati bakal mak mentua.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Rozita Che Wan tampil berkongsi tips buat wanita di luar sana agar dapat menambat hati bakal ibu mentua.

Jelas Rozita yang mesra disapa Che Ta, perkara-perkara asas perlu dipelajari dan jangan mempamerkan sikap malas.

“Anak dara wajib ringankan tangan bersihkan rumah, kemaih (kemas) rumah sapu sampah atau pun buat apa yang patut. Jangan malas, bangun wajib awal, supaya boleh siapkan banyak perkara.

“Kalau tidak pandai masak tidak mengapa boleh belajar sikit-sikit. Tapi kalau pemalas memang tidak boleh tolonglah melainkan diri sendiri na (ya).

“Barulah bakal mak mentua sayang. Tidak begitu? Eh ramai ka (ke) yang sudah bangun ini? Atau semua sudah dalam perjalanan balik ke kampung,” ujarnya di Instagram.

Hantaran tips perkongsian oleh Che Ta sambil memuat naik gambar membersihan di halaman kediaman rumah menarik perhatian netizen.

Majoriti melayangkan komen pujian dan memberikan maklum balas tanda senada dengan apa yang ditulis oleh pelakon drama Tahyul itu.

Untuk informasi, Che Ta yang juga merupakan selebriti yang menitikberatkan imejnya sebelum ini pernah terbabit dalam program segmen hiburan Bakal Menantu di saluran Awesome TV.

Bagi yang pernah tonton, pasti tahu bagaimana pedasnya teguran Che Ta kepada bakal menantu berhubung pengurusan rumah tangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×