Andrea tonton Twilight lebih 3 kali - Utusan Malaysia

Andrea tonton Twilight lebih 3 kali

ANDREA LEE XIN YI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANDREA LEE XIN YI mula menjadi bualan peminat bola sepak negara apabila menjaringkan gol ketika membantu Malaysia menundukkan Palestin 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia Wanita 2022 bulan lalu.
Pemain tengah itu, turut memasang impian untuk beraksi dalam liga profesional di Amerika Syarikat (AS) suatu hari nanti jika berpeluang membuktikan bakatnya kepada kelab di negara itu.
Berusia 20 tahun, dia bakal melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan ijazah sarjana muda dalam bidang matematik di negara Uncle Sam itu.
Mula berjinak-jinak dengan bola sepak seawal usia sembilan tahun, pemain kelahiran Selangor itu juga pernah bermain bola tampar dan bola keranjang.
Bersama wartawan ROZAIDI ZULKIFLI, ruangan Tanya Je… minggu ini ‘membongkar’ rahsia pemain comel itu di luar padang.

Inspirasi untuk ceburi
bola sepak?
Dari kecil saya minat main bola tapi tak pernah menyertai kejohanan sehinggalah pada 2019 kawan saya ajak main di PTSR (Piala Tun Sharifah Rodziah), barulah mula main untuk Selangor, selepas itu skuad negara.

Cita-cita ketika kecil?
Memiliki perniagaan sendiri.

Pemain bola sepak kegemaran?
Bruno Fernandes (Portugal, Manchester United)

Model, pelakon atau penyanyi?
Model sebab saya tak pandai nyanyi atau berlakon

Jika anda superhero, nak jadi apa?
Wonder Woman

Filem yang ditonton lebih tiga kali?
Twilight

Boleh kongsi aktiviti waktu lapang?
Main bola atau membaca

Perkara yang orang tidak tahu tentang diri anda?
– Nenek saya Vietnam sebab itu muka saya nampak kacukan
– Saya suka dengar lagu slow sebelum perlawanan
– Saya sangat takut ular

Tiga tempat pilihan jika mahu bercuti?
Maldives, China dan Hokkaido

Tiga perkataan menggambarkan tentang diri anda?
Aktif, bijak, cerdas

Kelab EPL pilihan anda?
Manchester United

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×