KETIKA dikecewakan, adakalanya kita tidak mampu ungkap perasaan itu. Jadi kita mungkin simpan, atau telan sahaja sehinggalah ia hilang begitu sahaja.
Namun penyanyi berbakat, Fieya Julia, memilih untuk menerjemahkan perasaannya menerusi lagu. Kerana itu, lagu baru nyanyiannya, Halusinasi menjadi buah tangan istimewa yang datang daripada hati penyanyi ini.
Menurut Fieya, lagu dihasilkan pada Ogos 2020, adalah tentang kisah nyata, berkisar mengenai perasaannya ketika itu.
Lirik Halusinasi disiapkan dalam masa satu hari, manakala melodi pula dalam masa seminggu.
“Saya tengah alami situasi itu, ketika menyiapkan lirik itu. Melodinya pula saya dapat dari mimpi. Agak pelik, tetapi memang saya dapat dari mimpi. Bangun tidur terus rakam dan ubah sedikit. Terhasillah lagu ini.
“Lagu ini cerita diri sendiri. Waktu muda ini, kita sering salah anggap cara orang layan kita. Dalam hati mesti tertanya, dia ini layan lebih, suka dekat aku atau sebaliknya?,” katanya.
Halusinasi mengisahkan hubungan Fieya dengan seorang lelaki yang dirasakan selalu ada tetapi selalu juga menghilang.
“Dia nak hadir sebagai kawan, tapi saya salah anggap dan ingatkan dia suka dan beri perhatian pada saya. Sebenarnya tidak,” ceritanya.
Empunya nama Nur Syafiyah Sejali, 22 tahun, mengakui rezekinya sudah tertulis apabila lagu itu dipilih syarikat rakaman untuk dijadikan single.
Itu baginya diluar jangkaan memandang setiap lagu ciptaanya sebelum ini tidak pernah dipilih syarikat rakaman.
“Saya tidak sangka lagu ini menjadi pilihan syarikat sebab sebelum ini saya pernah bagi lagu yang saya hasilkan tapi semuanya ditolak,” katanya.
Fieya mengakui teruja tetapi takut sebab sebelum ini hanya nyanyikan lagu ciptaan komposer profesional.
“Saya masih baharu dan tak pernah keluarkan single ciptaan sendiri,” kongsinya.
Fieya turut berharap mampu meletakkan dirinya sebagai komposer. Sebagai permulaan, Halusinasi menjadi platform untuknya menerokai bidang penciptaan dan penulisan lagu.
“Ada beberapa buah lagu dalam simpanan saya yang kebanyakannya berentak balada. Setakat ini saya selesa dengan genre itu.
“Bila sampai masa, saya akan cuba rentak lain pula. Setakat ini saya belum berani untuk memberi karya kepada penyanyi lain, kalau ada pun setakat Yazid Izham saja sebab kami pernah buat lagu sama-sama,” ujarnya.
TENANG BERHIJAB
Bercerita tentang perubahan imej, Fieya mendedahkan, sebelum berhijrah, dia selalu kemurungan, bermasalah dan sedih secara tiba-tiba.
“Saya sentiasa rasa tak cukup, berdepan banyak gangguan dan stres bekerja. Bila tidak bertudung pula, banyak perkara perlu diambil kira.
“Berhijab satu kebaikan sebab tak perlu fikir semua itu. Sebelum ini juga ramai lelaki gatal yang DM (direct message). Dah nama gatal, kita berhijab atau tidak, bila mereka dah suka memang akan menggatal juga.
“Saya bersyukur sangat kerana mengambil keputusan untuk berhijab,” jelasnya.
Ditebak pula tentang lakonan, katanya jika ada tawaran, dia tidak akan menolak, namun bergantung kepada watak.
“Pernah dapat tawaran berlakon tapi watak janda, saya tolak. Saya memilih kerana tak nak watak pelik-pelik sebab masih muda. Kalau diberi peluang, saya mahu berlakon sebagai remaja. Kalau boleh, saya nak cuba berlakon dalam YouTube dulu.
“Saya ada saluran YouTube sendiri dan ada rakan yang boleh buat drama pendek. Tengok dulu hasilnya,










