Ubah suai Seri Perdana perlu - Utusan Malaysia

Ubah suai Seri Perdana perlu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerja pengu­bahsuaian dan naik taraf Kom­pleks Seri Perdana yang me­nelan belanja RM30 juta me­ngambil kira faktor-faktor keselamatan Perdana Men­teri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kos berkenaan turut membabitkan pengubahsuaian terhadap imej dalam me­nyambut tetamu utama negara.

Jelas Ismail Sabri, status pengubahsuaian kediaman ras­­mi Perdana Menteri itu kini mencapai tahap 60 peratus setakat 31 Ogos lalu.

“Pengubahsuaian dan naik taraf kediaman ini perlu dilaksanakan mengambil kira faktor keselamatan Perdana Menteri.

“Ini juga adalah untuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara di program rasmi Perdana Menteri,” katanya menerusi ja­wapan bertulis di Dewan Rak­yat, semalam.

Terdahulu, Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) me­minta Perdana Menteri menyatakan status projek berkenaan yang didakwa membabitkan kos RM30 juta serta justifikasi projek terbabit.

Tambah Perdana Menteri, pengubahsuaian tersebut ter­ma­suklah kerja pendawaian elek­trik dan mekanikal, pe­nam­­bahbaikan pendawaian elek­­­trikal, mekanikal serta sistem pe­ndingin hawa.

Selain itu, kos tersebut turut membabitkan pengubahsuaian struktur di Blok Kediaman Rasmi serta penggantian pe­rabot yang uzur dan daif, sesuai dengan status kediaman rasmi Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×