Kes Covid-19 hampiri 2 juta - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 hampiri 2 juta

PELANGGAN memenuhi kedai makan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, semalam selepas kerajaan melonggarkan beberapa syarat dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hampir merekodkan jumlah kumulatif kes positif baharu Covid-19 dua juta kes apabila mencatat 1,940,950 kes dengan pertambahan 21,176 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terbabit mengatasi jumlah kes sembuh kumulatif iaitu 1,678,962 kes namun kes sembuh harian 21,476 kes mengatasi kes positif.

Katanya, jumlah kumulatif kematian menghampiri 20,000 iaitu 19,827 kes dengan rekod hari ini 341 kes manakala terdapat 37 kluster baharu yang menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 1,455 kluster.

“Bagi 341 kes kematian, Se­langor menjadi penyumbang terbanyak iaitu 102 kes, Kedah (86), Pulau Pinang (38), Sabah (28), Johor (26), Perak (18), Pahang (11), Kelantan (9), Kuala Lumpur (7), Terengganu (5), Negeri Sembilan (4), Sarawak (4) dan Melaka (3).

“Kematian melibatkan 183 lelaki dan 158 perempuan dengan 41 warga asing manakala 261 pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit. Sebanyak 102 kes termasuk 20 kes pula, adalah kematian di luar hospital,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dr. Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 21,176 kes berbanding semalam, 19,307 kes dengan 1,310 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 773 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 242,161 kes aktif.

Katanya, Sarawak pula menjadi penyumbang terbesar dengan mencatatkan 3,734 kes diikuti Selangor (3,595), Johor (2,297), Sabah (2,246), Pulau Pinang (1,939), Kedah (1,808), Perak (1,366) dan Kelantan (1,254).

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Pahang (853), Terengganu (776), Melaka (485), Kuala Lumpur (467) dan Negeri Sembilan (252).

“Perlis pula merekodkan 77 kes dan Putrajaya, 21 kes manakala Labuan hanya enam kes,” katanya.

Mengulas mengenai 37 kluster baharu, Dr. Noor Hisham berkata, tempat kerja menjadi penyumbang terbanyak iaitu 30 kluster, lima kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi.

“Johor dan Selangor masing-masing mencatatkan kluster tempat kerja terbanyak iaitu 10 kluster manakala kluster komuniti pula, Kelantan mencatatkan dua kluster,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×