Lima saksi dirakam percakapan - Utusan Malaysia

Lima saksi dirakam percakapan

Roslinawati Ya memberi kata-kata semangat kepada Siti Nur Azizah Syafriadi di rumah mereka di PPR Beringin, Jinjang, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis setakat ini merakam percakapan lima individu berkaitan kejadian samun motosikal di Jalan Ku­ching di sini pada 26 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisio­ner Beh Eng Lai berkata, kesemua individu termasuk saksi dan mangsa kejadian itu diambil bagi membantu pihak polis menjejaki suspek.

“Kita dah ambil kete­rangan lima saksi, terma­suk mangsa lelaki yang turut cedera dalam kejadian itu.

“Pihak polis juga sedang ambil keterangan Siti Nur Azizah Syafriadi, namun, dia masih tidak dapat ingat apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Terdahulu, Eng Lai me­nyampaikan sumbangan kepada Siti Nur Azizah dan keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin di Jinjang di sini.

Dalam pada itu, Eng Lai berkata, selain rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, pihaknya turut mengambil video dipercayai di­rakam saksi.

“Video itu dipercayai dirakam seorang peman­du yang ternampak kejadian itu.

“Bagaimanapun video itu sangat pendek kerana suspek turut memarahi saksi yang rakam kejadian itu,” katanya.

Orang ramai yang mem­punyai maklumat me­­ngenai suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Noramalina Md Jamil di talian 017-318 5868 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2206 bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Eng Lai berkata, polis masih lagi memburu suspek kes samun bermotosikal di Jalan Kuching di sini pada 26 Ogos lalu.

Katanya, bagaimanapun, nombor plat pendaftaran motosikal dipercayai digunakan suspek tidak dapat dikenal pasti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×