Sentuhan Wan Jamila untuk dana autisme - Utusan Malaysia

Sentuhan Wan Jamila untuk dana autisme

Wan Jamila bergambar pada huruf ā€˜J’ yang merupakan sebahagian daripada arca Putrajaya di Dataran Putra. Arca Putrajaya sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 itu adalah hasil karyanya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Unik, kreatif dan tersendiri.

Tiga ilustrasi unik hasil lukisan pelukis autisme, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri, 19, terpilih untuk dipaparkan pada koleksi tisu basah dalam Alpro X ArtJamila.

Kerjasama menjayakan inisiatif itu adalah bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) yang dilancarkan baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wan Jamila atau lebih dikenali dengan nama pena ART Jamila yakin dengan sumbangan disalurkan kepada NASOM itu.

Katanya, ia secara tidak langsung dapat membantu mengembangkan potensi kanak-kanak autisme tanah air.

Dikesan menghidap autisme ketika berusia empat tahun selepas menjalani diagnosis di sebuah hospital, bakatnya dalam seni dikesan sejak sekolah rendah.

Menceburi industri seni lukis sejak 2017, hasil seni gadis ini banyak memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan di dalam mahupun luar negara.

Antaranya menang Anugerah Arca Putrajaya 2019, Duta Kesedaran Pencemaran Laut oleh ViaTalenta Foundation dari Switzerland dan Anugerah Bintang Autisme 2019 sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia.

Lukisan Jamila turut diabadikan pada arca Putrajaya yang diletakkan di Dataran Putra, Putrajaya sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019.

Sehingga kini lebih 21,000 paket tisu basah dijual dan berjaya mengumpul kira-kira RM13,000 untuk membantu kanak-kanak autisme.

Selain itu, Jamila mendapat tempat pertama dalam pertandingan peringkat Asia anjuran Artdialogo Asia dengan bertemakan A Salute to Our Frontliner Around the World.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Alpro, Ostwin Paw Yen Thng berkata, bakat Wan Jamila itu membuktikan kanak-kanak autisme juga mampu mencapai kejayaan dalam hidup mereka jika diberi peluang dan kebebasan untuk mengekspresikan diri masing-masing.

ā€œKami berbangga dapat bekerjasama dengan Wan Jamila yang juga penghidap autisme bagi mengetengahkan bakatnya kepada masyarakat.

ā€œKami berasa gembira kerana inisiatif ini diadakan khas untuk komuniti autisme diterima baik oleh orang ramai.

ā€œSelaku organisasi yang mengutamakan pemberdayaan komuniti dan kebajikan masyarakat, kami akan terus menyalurkan pelbagai usaha demi membawa perubahan, khususnya untuk golongan kanak-kanak,ā€ katanya.

Menerusi koleksi tisu basah edisi terhad Alpro X ArtJamila ini, sebanyak 60 sen akan disumbangkan kepada NASOM bagi setiap pembelian tisu tersebut.

Karya kreatif Wan Jamila pada tisu basah.

Menariknya, hingga kini, Alpro berjaya menjual lebih 21,000 paket tisu basah dan berjaya mengumpul kira-kira RM13,000 untuk membantu kanak-kanak yang menghidap autisme.

KESEDARAN

Sementara itu, Pengerusi NASOM, Julian Wong berkata, kisah kejayaan individu autisme seperti Wan Jamila dan penglibatan pertubuhan seperti Yayasan Alpro mampu memberi kesedaran penting mengenai pemerkasaan komuniti istimewa ini dalam kalangan rakyat Malaysia.

Katanya, Autism Spectrum Disorder (ASD) sering disalah erti sebagai sejenis penyakit.

Walhal, mereka yang menghidap autisme adalah sama seperti orang biasa, namun mereka dikurniakan dengan kemampuan untuk melihat dan mengekspresikan diri dengan cara berbeza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

BERITA BERKAITAN

Terkini