Patutlah Mohd. Shafie ‘naik angin’ dengan PKR - Utusan Malaysia

Patutlah Mohd. Shafie ‘naik angin’ dengan PKR

CHRISTINA LIEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARANGKALI wajar Presiden Warisan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal naik angin dengan fi’il PKR.

Parti Warisan Sabah (Warisan) bukannya bertanding kerusi DUN di Semenanjung atau Sarawak berbanding PKR di seluruh negara, tapi mengapa PKR demand lebih.

Ibarat ‘sudah bagi betis nak paha’, realitinya banyak ruang dan peluang telah diberi Warisan kepada PKR. Pada PRU-14, parti itu diperuntukkan lapan kerusi DUN, hanya menang dua di Api-Api dan Inanam. Menang dua kerusi itupun dikatakan kerana kekuatan Mohd. Shafie.

 


Di DUN Api-Api yang antara letaknya Hotel Le Meridien, penginapan kebanyakan pemimpin politik dari Semenanjung ke Kota Kinabalu, dikatakan dimenangi Pengerusi PKR negeri, Datuk Christina Liew Chin Jin kerana ‘kekuatan’ Mohd. Shafie. Selain 40 peratus pengundi Cina, undi Christina juga dibantu oleh 60 peratus pengundi Islam Bajau, yang memilihnya bukan sebab menyokong PKR, tetapi kerana presiden Warisan itu.

Demikian juga dengan kerusi DUN Inanam yang dimenangi Kenny Chua 9 Mei 2018, yang antara 14 ADUN Warisan Plus lompat ke kem Tan Sri Musa Aman 29 Julai lalu pun bukan sangat kerana teguhnya Kenny. Tetapi kerana aura Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darrel Leiking sehingga membawa sokongan masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) kepada Kenny.

Dikatakan Christina juga tidak ‘sebulu’ dengan Presiden PKR sehingga timbul cakap-cakap beliau sanggup masuk Warisan jika PKR tidak menerima agihan tujuh daripada 14 kerusi yang dituntut.

Mana tidaknya, Christina pun sudah dapat macam-macam jawatan. Selain salah satu dari tiga jawatan timbalan ketua menteri Sabah kuota Cina, beliau juga adalah Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah.

Dua lagi jawatan timbalan ketua menteri disandang Naib Presiden Warisan, Datuk Jaujan Sambakong (kuota Melayu) dan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (KDM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×