Malnutrisi ketika hamil, tingkat risiko anak alami penyakit tidak berjangkit - Utusan Malaysia

Malnutrisi ketika hamil, tingkat risiko anak alami penyakit tidak berjangkit

Perkembangan janin menyebabkan peningkatan bilangan sel yang terbahagi, berlaku dengan lebih cepat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tiap kali mengandung setiap kali itulah gigi Fatimah akan gugur. Dua anak, bererti sudah dua batang giginya hilang. Hajat di hati memiliki lima cahayamata. Adakah itu bermakna giginya akan hilang lagi tiga batang gigi selepas ini?

Situasi dialami Fatimah bukan luar biasa. Kalsium mustahak dalam perkembangan struktur penting seperti rangka serta memperbaiki tulang dan gigi ibu.

Sekiranya diambil dengan kadar yang tidak mencukupi, kalsium yang diberikan kepada janin, akan diambil daripada tulang dan gigi ibu.

Justeru, apabila hamil, wanita perlu memberikan perhatian lebih kepada keperluan tubuh supaya kesihatan diri dan janin terjaga serta dalam keadaan baik.

Bagaimana pun, berdasarkan kajian yang dilakukan di negara ini, sembilan daripada 10 ibu hamil tidak mengambil folat, kalsium, serat makanan serta zat besi yang mencukupi untuk menyokong kehamilan.

Sedangkan, wanita hamil sebenarnya memerlukan nutrisi yang lebih tinggi untuk mengelakkan sebarang risiko tidak diingini terutamanya terhadap bayi yang bakal dilahirkan.

Pakar Perunding Obstetrik dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr. Chuah Bee Poh, berkata pengambilan nutrien mencukupi semasa hamil boleh mengurangkan risiko morbiditi ibu mendapat anemia, kenaikan berat badan kehamilan yang tidak sihat, diabetes mellitus kehamilan (GDM), pra-eklampsia, kelahiran pramatang mahupun keguguran.

Katanya, terdapat penemuan kajian menunjukkan bahawa malnutrisi iaitu kekurangan atau berlebihan zat makanan ketika hamil boleh meningkatkan risiko anak mengidap penyakit tidak berjangkit pada masa akan datang.

“Salah satu mikronutrien penting bagi wanita hamil adalah asid folik. Perkembangan janin menyebabkan peningkatan bilangan sel yang terbahagi, berlaku dengan lebih cepat. Hal ini membawa kepada keperluan folat yang lebih tinggi yang diperlukan untuk perkembangan janin yang sihat,” katanya.

Tambahnya, asid folik penting untuk membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin termasuk tiub saraf. Ia turut membantu badan mengurai, mengguna dan membina protein baharu yang merupakan blok binaan bagi sel-sel tubuh.

KALSIUM
Kalsium turut mustahak dalam perkembangan struktur penting seperti rangka serta memperbaiki tulang dan gigi ibu.

Sekiranya diambil dengan kadar yang tidak mencukupi, kalsium yang diberikan kepada janin akan diambil daripada tulang dan gigi ibu.

“Jadi, jika mahu tulang dan gigi kekal kuat semasa dan selepas kehamilan, anda perlu mencapai pengambilan kalsium yang mencukupi.

“Pengambilan kalsium dari dua gelas susu segar biasa hanya boleh memenuhi sekitar 50 peratus daripada keperluan ibu hamil setiap hari. Oleh itu lebih baik untuk mereka mengambil susu untuk ibu hamil yang telah diperkayakan,” ujarnya lagi.

Oleh itu, jenama susu ibu hamil, Anmum MATERNA dirumuskan secara saintifik serta mengandungi nutrien-nutrien penting bagi menyokong keperluan pemakanan wanita hamil.

Dua gelas susu tersebut mengandungi tahap folat yang setara dengan 17 biji oren, kalsium daripada empat cawan susu segar dan zink dalam tujuh keping filet salmon.

Ia juga menyokong lapan aspek penting kehamilan yang menggabungkan DHA, MFGM + Gangliosida (GA), Prebiotik, Probiotik selain nutrien penting yang lain, termasuk folat, kalsium dan zat besi.

Paling penting, ia juga rendah lemak, rendah GI dan satu-satunya susu untuk ibu hamil yang tidak mengandungi sebarang gula tambahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×