PRN Sabah masih tanda tanya - Utusan Malaysia

PRN Sabah masih tanda tanya

PUTRAJAYA 7 SEPTEMBER: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hadir ke Mahkamah Rayuan bagi mendengar prosiding permohonan 33 ADUN Sabah menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan pembubaran DUN oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman di sini, hari ini.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketika Barisan Nasional (BN) dan pesaingnya, Parti Warisan Sabah (Warisan) mahu memuktamadkan senarai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok dan lusa, Mahkamah Ra­yuan semalam menangguhkan prosi­ding rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah un­tuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan pem­bubaran DUN oleh Yang Di­pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin 30 Julai lalu.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mengetuai tiga panel hakim menetapkan prosi­ding disambung hari ini selepas mendengar hujahan peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Tan Sri Musa Aman dan 32 ADUN Sabah lain serta Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh.

Prosiding dijangka bermula pukul 12 tengah hari dengan menyambung hujahan daripada peguam, Datuk Dr. Cyrus Das yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Panel yang turut dianggotai oleh Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian seterusnya akan mendengar hujahan daripada peguam Suzana Atan yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan hujahan balas dari Datuk Firoz Hussein.

Pada 21 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan 33 ADUN berkenaan mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan membubarkan DUN Sabah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim membuat keputusan itu selepas mendapati Mohd. Shafie bertindak mengikut Perlembagaan Sabah dalam memohon Juhar membubarkan DUN.

Shim menetapkan bahawa responden kedua dalam kes itu, Mohd. Shafie telah bertindak menurut Perlembagaan Sabah dalam memohon responden pertama, Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan DUN.

Menurut beliau, pengisytiharan pembubaran DUN itu juga adalah mengikut Perlembagaan dan ia adalah sah.

Sebelum ini, Brenddon Keith Soh berkata, mahkamah me-netapkan keputusan Tun Juhar menggunakan kuasa budi bi-cara dan tidak boleh dicabar.

SPR menetapkan 26 September ini susulan pembubaran itu sebagai hari pengundian PRN Sabah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×