Keputusan MT sejajar Perhimpunan Agung UMNO - Utusan Malaysia

Keputusan MT sejajar Perhimpunan Agung UMNO

MUSTAPHA YAAKUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri adalah strategi awal sebelum menyusul langkah yang sama terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Vete­ran UMNO, Datuk Mustapha Yaakob berkata, meskipun perkara itu tidak dibincang dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, namun semua ahli UMNO harus akur dan memberi kepercayaan kepada Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan Presiden UMNO membuat keputusan.

Tegasnya, ini kerana keputusan MT tidak melanggar ketetapan Perhimpunan Agung UMNO seperti yang didakwa sesetengah pemimpin parti itu.

“Perwakilan buat keputusan sebulat suara menyerahkan kepada Presiden dan MT untuk tentukan tarikhnya bila nak tarik diri daripada PN.

“Tetapi dalam mesyuarat MT baru-baru ini hanya putuskan supaya sokongan kepada Perdana Menteri ditarik. Ia masih tidak lari dari skop asal penegasan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO.

“Jadi, semua ahli akar umbi perlu bertenang dan beri kepercayaan kepada MT menyusun strategi bagi memenangkan parti,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, Mustapha berkata, ahli UMNO harus meneliti setiap perancangan pucuk pimpinan supaya tidak membuat tafsiran salah seperti yang berlaku kini.

Katanya, ia penting bagi memupuk kembali kesepakatan dalam kalangan ahli agar tidak berpecah.

“Apa yg perlu dilakukan oleh ahli UMNO, mereka hendaklah bertenang dan memahami maksud dan tujuan yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi dan kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan tindakan selanjutnya.

“Jangan duduk dengar cerita yang tidak sahih se­ngaja diputarbelitkan faktanya. Ahli UMNO kena faham, sebanyak 118 Bahagian UMNO telah bersetuju untuk menarik diri daripada PN. Kemudian usul bahagian dibawa kepada Perhimpunan Agung UMNO dan ia disahkan,’’ katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×