Fazley kongsi keadaan ibu hidap demensia agar rakan tidak tertanya-tanya

Fazley kongsi keadaan ibu hidap demensia agar rakan tidak tertanya-tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan perkongsiannya mengenai keadaan kesihatan ibunya, Datin Umi Kalsom Abdol Latib dibuat hanyalah untuk menjelaskan keadaan wanita itu kepada rakan-rakan.

Fazley, 48, memaklumkan dia terpaksa berkongsi perkara tersebut supaya kenalan ibunya memahami mengapa wanita itu tidak lagi dapat dihubungi seperti kebiasaannya.

“Saya terharu sangat dengan doa dan semangat yang diberikan terhadap ibu saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya terpaksa bercerita kisah ibu saya yang kini menghidap demensia supaya kawan-kawan ibu tahu mengapa ibu tiba-tiba ‘hilang’ dan tidak dapat lagi dihubungi melalui telefon,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Mengulas lanjut, Fazley berkata, penyakit tersebut turut menjejaskan ingatan ibunya sehingga wanita itu tidak lagi mengingati kata laluan telefon bimbit sendiri.

Malah, ibunya juga kini berdepan kesukaran melakukan rutin ibadah yang menjadi amalan hariannya sebelum ini.

“Kata laluan telefon ibu sudah tidak ingat, hendak solat pun ibu saya sudah lupa caranya, sedangkan ibu paling rajin beramal, menunaikan solat sunat dan membaca al-Quran setiap hari tanpa gagal.

“Terima kasih semua yang hadir mendoakan,” ujarnya.

Terdahulu, Fazley mendedahkan keadaan terkini ibunya, Datin Paduka Umi Kalsom Abdol Latib yang semakin merosot akibat demensia apabila ingatan jangka pendeknya kini hanya mampu bertahan 30 saat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini