GPS menang 30 kerusi tanpa bertanding -Abang Johari

GPS menang 30 kerusi tanpa bertanding -Abang Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEDONG: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memenangi 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS berkata kemenangan itu mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan dan pentadbiran gabungan berkenaan dalam menerajui pembangunan Sarawak.

Beliau berkata perkembangan itu turut menunjukkan rakyat mahu kesinambungan agenda pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri demi masa depan Sarawak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana adanya keyakinan rakyat di Sarawak terhadap pentadbiran GPS yang menguruskan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tamat proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong di Dewan Masyarakat Gedong di sini hari ini.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini