Jemaah Menteri setuju 17 inisiatif keselamatan KDN, MOT diperluas kepada Mindef

Jemaah Menteri setuju 17 inisiatif keselamatan KDN, MOT diperluas kepada Mindef

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini bersetuju supaya 17 inisiatif kawalan pintu masuk negara yang kini dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) diperluaskan kepada Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, pelaksanaan inisiatif itu diperluas susulan kes tangkapan anggota dan pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkaitan kes penyeludupan dadah baru-baru

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri dimaklumkan mengenai perkembangan terkini kes berkenaan serta pelaksanaan inisiatif keselamatan di beberapa lokasi strategik termasuk lapangan terbang.

“Inisiatif yang dilaksanakan KDN dan MOT sebelum ini dilihat memberi kesan positif, khususnya dalam mengesan pihak yang cuba menyalahgunakan saluran atau laluan di lokasi terbabit,” katanya pada sidang akhbar pasca Kabinet di sini hari ini.

Katanya, inisiatif berkenaan sebelum ini tidak merangkumi pangkalan udara serta fasiliti dan premis yang diselenggara di bawah pentadbiran MINDEF.

Fahmi berkata, Jemaah Menteri hari ini bersetuju bahawa 17 inisiatif yang dilaksana antara KDN, MOT akan diperluas untuk melibatkan juga pihak MINDEF.

“Pangkalan udara semestinya akan di bawah jagaan pihak MINDEF tapi inisiatif-inisiatif ini akan dikembangkan untuk dilaksana oleh pihak MINDEF,” katanya.

Mengulas tempoh pelaksanaan keputusan itu, Fahmi berkata, perkara berkenaan amat mustahak memandangkan hasil siasatan kes membabitkan anggota dan pegawai TUDM mendapati kegiatan berkenaan dipercayai berlaku sejak 2024.

Katanya, kerajaan mahu memastikan aset ketenteraan yang sepatutnya digunakan bagi tujuan pertahanan negara tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

“Kelompangan ini perlu ditutup segera. Maka saya percaya antara ketiga-tiga pihak, pihak KDN, MOT dan MINDEF akan dilaksana sesegera mungkin, insya-Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini