Enam muka baharu anggotai Exco Negeri Sembilan, Ismail Lasim kekal MB

Enam muka baharu anggotai Exco Negeri Sembilan, Ismail Lasim kekal MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seramai enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) baharu mengangkat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan, sekali gus membawa wajah baharu dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.

Pelantikan itu menyaksikan empat wakil Barisan Nasional (BN) dan dua daripada Perikatan Nasional (PN) mengangkat sumpah sebagai Exco dalam Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, di sini, hari ini.

Enam muka baharu daripada BN ialah ADUN Kota, Suhaimi Aini; ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir, ADUN  Senaling, Mohamad Qayyum Abd. Jalil  dan ADUN Repah daripada MCA, Koh Kim Swee

Memuatkan artikel berkaitan…

Manakala masing-masing dua wakil PN, ADUN Gemas Ridzuan Ahmad dan ADUN Bagan Pinang, Abdul Fatah Zakaria.

Berikut senarai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baharu:

* ADUN Kota, Suhaimi Aini (BN).
* ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir (BN)
* ADUN Gemas Ridzuan Ahmad (PN)
* ADUN Bagan Pinang, Abdul Fatah Zakaria (PN)
* ADUN Senaling Mohamad Qayyum Abd. Jalil (BN)
* ADUN Repah Koh Kim Swee (BN)

-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini