Usaha FAM bantu KRW FC cecah tahap maksimum - Rosmadi

Usaha FAM bantu KRW FC cecah tahap maksimum – Rosmadi

ROSMADI Ismail (kiri) bercakap kepada wartawan pada sidang media selepas Kongres Luar Biasa KAFA di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Peranan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai pihak perantara dalam rayuan terhadap sekatan perpindahan pemain dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) sudah mencapai tahap maksimum.

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata, tiada apa lagi dapat diusahakan oleh badan induk bola sepak negara itu dan kini semuana bergantung kepada kelab bola sepak berpangkalan di Kota Bharu itu sendiri.

“Masalah sebenar KRW FC adalah sekatan perpindahan pemain daripada FIFA, yang mana sebenarnya rayuan dan langkah-langkah yang dirundingkan oleh FAM dengan FIFA sudah sampai ke tahap maksimum.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun saya rasa FIFA sendiri mempunyai peraturan serta piawaian operasi standard (SOP) tersendiri untuk membolehkan pelepasan diberikan terhadap perkara-perkara yang menyukarkan sesebuah pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Kongres Luar Biasa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang turut dihadiri Presiden FAM, Datuk Ab. Ghani Hassan dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, di sini hari ini.

Rosmadi yang juga Presiden KAFA bagaimanapun memberitahu, kejayaan menghidupkan Kembali KAFA mungkin boleh membuka satu ruang lingkup baharu dalam usaha mencari penyelesaian terhadap isu tersebut.

“Mungkin selepas ini KAFA boleh mengadakan perbincangan dengan KRW FC serta FAM secara rasmi bagi mencari jalan membantu pasukan itu. Itu sahaja yang mampu kita lakukan sekarang ini.

“FAM sebenarnya hanya boleh menjadi jambatan penghubung antara pasukan dan FIFA. Sementara isu antara KRW FC dan Kelantan FC pula perlu diselesaikan secara terus antara kedua-dua kelab,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini