Ismail, tiga pemimpin BN menghadap Tuanku Muhriz?

Ismail, tiga pemimpin BN menghadap Tuanku Muhriz?

PARA media berada dihadapan Istana Hinggap, Seremban.-UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Istana Hinggap di sini mula menjadi tumpuan petugas media hari ini susulan dakwaan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan tiga pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) dijadualkan akan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Tiga pemimpin parti berkenaan adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Petugas media mula berkumpul di pekarangan istana berkenaan sekitar pukul 12 tengah hari tadi bagi mengikuti perkembangan kemelut politik di negeri itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim akan menghadap Tuanku Muhriz kira-kira pukul 1.30 petang ini.

Selain itu, timbul juga desas desus yang menyatakan dalam sesi menghadap sembah tersebut, Ismail akan menghantar surat perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seramai 24 ADUN Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi menyatakan pendirian mereka berhubung sokongan terhadap Ismail.

Ismail sebelum ini menegaskan beliau tidak pernah mengemukakan atau memberikan persetujuan terhadap surat peletakan jawatannya yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Besar.

Perkara itu turut disahkan Istana Negeri Sembilan menerusi kenyataan Pengelola Bijaya Diraja selepas Ismail menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, Seremban pada Jumaat lalu.

Pada 16 November lalu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengumumkan bahawa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail.

Namun, Istana Negeri Sembilan pada keesokan harinya memaklumkan ketulenan surat yang dihantar pada pukul 12.16 tengah malam itu masih belum disahkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini