Ismail Lasim tiba di Istana Hinggap

Ismail Lasim tiba di Istana Hinggap

ISMAIL LASIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim tiba di Istana Hinggap bagi menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di sini sebentar tadi.

Kenderaan yang membawa Ismail dilihat tiba di perkarangan istana berkenaan sekitar pukul 1.18 petang.

Terdahulu, media melaporkan Ismail bersama tiga pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pertemuan bersama Tuanku Muhriz hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, timbul juga desas-desus yang menyatakan dalam sesi menghadap sembah tersebut, Ismail akan menghantar surat perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Tiga pemimpin berkenaan adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Perkembangan lanjut akan menyusul kemudian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini