Warga Libya didakwa pandu melulu sebabkan kematian pesara tentera

Warga Libya didakwa pandu melulu sebabkan kematian pesara tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar universiti swasta warga Libya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang pesara tentera, Sabtu lepas.

Ali Abdul Rahman Mahmoud Elmaki, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris terhadapnya.

Dia didakwa memandu kereta jenis Proton Saga dari arah Wangsa Maju menghala ke Taman Keramat secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian Mohd Hairezam Omar, 43, di Jalan Jelatek, di sini pada 1 pagi, 21 Nov.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry mencadangkan jumlah jaminan RM70,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia jika mahkamah ingin menggunakan budi bicara untuk membenarkan jaminan mengikut Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah.

Peguam K. Ramalingam yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM10,000 dengan alasan anak guamnya ialah pelajar peringkat sarjana yang akan menduduki peperiksaan bulan depan selain tinggal di negara ini bersama isteri dan mempunyai alamat kediaman tetap di Jalan Ampang.

Majistret Amalina Johar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM17,000 dengan dua penjamin warganegara dan menetapkan syarat tambahan supaya pasport lelaki itu diserahkan kepada mahkamah serta melaporkan diri setiap bulan di balai polis berhampiran.

Lesen memandu tertuduh turut digantung sehingga kes selesai, selain mahkamah menetapkan 28 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes.- BERNAMA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini