Empat sungai di Selangor lepasi paras bahaya, tiga stesen catat trend menaik

Empat sungai di Selangor lepasi paras bahaya, tiga stesen catat trend menaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat sungai di Selangor melepasi paras bahaya manakala tiga lagi stesen pemantauan yang berada pada tahap waspada mencatatkan trend peningkatan paras air setakat pukul 8.45 pagi tadi.

Berdasarkan data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), empat sungai yang melepasi paras bahaya itu bagaimanapun menunjukkan trend penurunan.

Sungai berkenaan ialah Sungai Rasau di Taman Desa Kemuning, Klang dengan bacaan 3.01 meter (m), Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat (4.78m) dan Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam (2.43m).

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Langat di Dengkil, Sepang yang mencatatkan bacaan 7.78m setakat pukul 8.30 pagi.

Sementara itu, Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang berada pada paras amaran dengan bacaan 4.04m namun menunjukkan trend menurun.

Tiga stesen pada tahap waspada yang mencatatkan trend peningkatan pula ialah P/A Kampung Teluk Pulai (1.42m), Sungai Langat di JPS Sungai Manggis (2.61m) dan Sungai Langat di Batu 12, Hulu Langat (41.56m).

Turut berada pada tahap waspada ialah Sungai Kapar Kechil di Kampung Perepat, Klang dengan bacaan 0.72m tanpa sebarang perubahan paras air.

Sungai Langat di Jenderam Hilir (10.44m) dan Sungai Jenderam di Jenderam Hulu (11.13m) di Sepang pula masing-masing menunjukkan trend penurunan.

Dalam pada itu, hujan sederhana direkodkan di stesen P/A Kampung Teluk Pulai dan JPS Sungai Manggis dengan taburan hujan masing-masing sebanyak 15 milimeter (mm) dan 14mm.

Stesen lain tidak mencatatkan hujan atau hanya menerima hujan renyai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini