Speedy Tigress akur 1-3 kepada Jepun

Speedy Tigress akur 1-3 kepada Jepun

SKUAD hoki wanita negara gagal meneruskan momentum kemenangan apabila tewas 1-3 kepada Jepun dalam aksi keempat pusingan liga Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026. - IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki wanita negara gagal meneruskan momentum kemenangan apabila tewas 1-3 kepada Jepun dalam aksi keempat pusingan liga Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 di Bhopal, India, hari ini.

Jepun membuka tirai jaringan menerusi Maruyama Niko yang menyempurnakan gol padang pada minit ke-32 sebelum Malaysia merapatkan jurang menerusi jaringan pukulan sudut penalti Azmyra Mia Sofea Azhari pada minit ke-51.

Bagaimanapun, kegembiraan skuad negara tidak bertahan lama apabila Tanaka Kokona kembali meletakkan Jepun di hadapan menerusi gol padang seminit kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jepun kemudian mengesahkan kemenangan apabila Hiramitsu Ai menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-58 untuk keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kini, aksi menentang Thailand menjadi tumpuan skuad negara untuk kembali mendapatkan keputusan positif dan memastikan peluang mara ke separuh akhir terus terbuka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini