Speedy Tigers gagal sekat Australia

Speedy Tigers gagal sekat Australia

FAIZAL Saari (kanan) ketika beraksi menentang Australia di Ipoh, hari ini. - IHSAN HOKITA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Malaysia gagal menyekat Australia apabila tumpas 4-2 kepada lawan itu dalam perlawanan keempat Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-32 sebentar tadi.

Begitupun anak buah Brendon Carolan memberi tentangan sengit kepada juara 10 kali Piala Sultan Azlan Shah itu.

Justeru tidak ada apa yang hendak dimalukan oleh pemain Speedy Tigers berikutan kekalahan Itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah Malaysia hampir berjaya menyaingi Australia apabila hanya ketinggalan 3-2 pada satu ketika.

Namun Australia menggunakan kelebihan pemainnya untuk mengecewakan tuan rumah.

Dengan kekalahan ini Malaysia kini perlu menunggu keputusan perlawanan dengan Pakistan lusa untuk mengetahui nasibnya.

Speedy Tigers perlu menang ke atas Pakistan untuk memempah diri ke perlawanan akhir jug selaku pasukan kedua terbaik kejohanan.

Pada perlawanan tadi Australia mendahului melalui Lachlan Sharp minit ke-10.

Campbell Gades mengukuhkan kedudukan Australia seminit kemudian.

Faisal Shaari merapatkan jurang pada minit ke -19 namun, Craig Marais meletakkan Australia 3-1 di hadapan pada minit ke-28.

Malaysia merapatkan jurang melalui Muhajir Abdu Rauf pada minit ke-57 bagaimanapun impian Malaysia untuk bangkit musnah apabila James Coolin menyumbat gol ke-4.

Terdahulu Pakistan juga mencerahkan peluang ke perlawanan akhir apabila menundukkan Korea Selatan 3-2. .

Kanada juga mencapai kejayaan apabila menumpaskan Amerika Syarikat (AS) 5-4. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini