Ancaman: Tentera tingkat kawalan keselamatan Yala

Ancaman: Tentera tingkat kawalan keselamatan Yala

ANGGOTA pasukan keselamatan Thailand memperhebatkan pemeriksaan di sekitar Bandar Yala untuk menghalang kemasukan senjata api dan bahan letupan ke kawasan perbandaran. – IHSAN ISOC 4
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YALA (THAILAND): Pihak ber­kuasa Wilayah Yala memperketatkan kawalan keselamatan dan pemeriksaan di semua jalan masuk selepas menerima laporan risikan berkaitan pergerakan kumpulan pemisah yang merancang melakukan keganasan.

Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, pemeriksaan dilakukan terhadap individu, kereta dan motosikal yang mencurigakan bagi mencegah penyeludupan senjata api serta bahan letupan daripada masuk ke kawasan bandar.

Beliau mendedahkan pihak keselamatan menerima laporan risikan anggota kumpulan pemisah akan mengadakan pertemuan melalui penganjuran program tertentu yang turut melibatkan masyarakat setempat bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, laporan risikan mendakwa pemimpin kumpulan yang terlibat dalam keganasan dan berada di negara jiran telah mengarahkan supaya semula anggota rangkaian pergerakan itu yang berumur antara 40 hingga 50 tahun di kawasan Yala, Pattani dan Narathiwat, dikumpulkan semula.

Beliau berkata, kumpulan itu dipercayai menggunakan aktiviti kemasyarakatan seperti pertandingan bola sepak, sebagai alasan untuk mengadakan pertemuan dan merancang mela­kukan keganasan.

“Pasukan keselamatan menilai bahawa pergerakan ini boleh menjadi pemangkin kepada serangan serentak di pelbagai lokasi.

“Sehubungan itu, pihak keselamatan telah mengeluarkan amaran kepada semua unit supaya meningkatkan kawalan dan pemantauan khas sepanjang 20 hingga 30 November ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tanpa menamakan mana-mana kumpulan pemisah yang terbabit, beliau menjelaskan tumpuan khusus diberikan di lokasi yang pernah berlaku insiden keganasan, kawasan berhampiran pejabat keselamatan serta laluan operasi anggota bertugas.

Selain itu, katanya, pasukan keselamatan turut memantau kemungkinan terdapat kegiatan pemasangan bahan letupan buatan sendiri (IED) di dalam kereta dan motosikal, bagi mencegah keganasan yang mungkin berlaku di beberapa kawasan di Wilayah Yala. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini