Polis Kelantan teliti untuk tempatkan anggota di stesen ECRL - Utusan Malaysia

Polis Kelantan teliti untuk tempatkan anggota di stesen ECRL

MOHD. Yusoff Mamat (tengah) semasa sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan IPK Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penempatan anggota polis di Stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Tunjong, di sini bertujuan mengekang kegiatan jenayah akan diteliti.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, namun setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permintaan daripada pihak ECRL.

Katanya, kemungkinan juga pihak berkenaan akan menggunakan polis bantuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada Ahad ini, 29 November, saya bersama pasukan akan menaiki ECRL dan kami akan melihat dan meneliti berkaitan aspek keselamatan di stesen berkenaan.

“Hasil lawatan itu nanti, sekiranya perlu akan ada perbincangan lanjut memandangkan Kelantan adalah negeri bersempadan,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan ECRL dijadualkan mula beroperasi dari Terminal Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak pada 12 Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini