Guru ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar

Guru ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang guru lelaki berusia 48 tahun ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada 19 November lalu, kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa menghadiri program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di sebuah premis pendidikan di Kuala Telemong, Terengganu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan laporan berkenaan, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Suspek ditahan pada 21 November lalu, kira-kira jam 3 petang bagi membantu siasatan,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan selama tujuh hari sehingga 28 November ini.

Dalam pada itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial yang boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan hak semua pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini