‘Saya masih terbayang suami, anak-anak ada di sisi'

‘Saya masih terbayang suami, anak-anak ada di sisi’

Norhayati Razali (tengah) bersama Man Baharudin yang menyediakan kepuk kubur untuk arwah suami dan dua anaknya di tanah perkuburan Islam Air Hitam Labu, Kampar, Perak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: “Saya masih tidak boleh balik ke rumah sendiri, pasti terbayang-bayang suami dan anak-anak masih ada.”

Itu kata Norhayati Razali, 55, wanita yang terselamat dalam nahas membabitkan tiga beranak yang maut dirempuh lori Jabatan Imigresen di ibu negara pada Ogos lalu.

Norhayati yang mengalami kecederaan serius akibat kemalangan tersebut kehilangan suaminya, Shaik Mohd. Firdaus Shaikh Yahya, 53, dan dua anak perempuan mereka, Siti Nor Sazlin, 25, serta Siti Darwisyah Auni, 12, yang terkorban dalam nahas itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejak kemalangan itu, Norhayati tinggal di rumah adiknya di Kampung Air Hitam Labu, di sini dan belum pernah pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumah adiknya itu.

“Saya belum bersedia untuk balik ke rumah, mungkin akan  terbayang-bayang mereka masih ada di rumah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Norhayati turut meluahkan rasa kecewa kerana hasrat anak perempuannya, Siti Nor Sazlin untuk melangsungkan perkahwinan tidak tercapai apabila maut dalam nahas tersebut.

Katanya, anaknya itu bercadang untuk melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun depan.

Sementara itu, Norhayati berterima kasih kepada pengusaha Fitrah Enterprise kepuk kubur, Man Baharudin yang membina kepuk secara percuma untuk kubur suami dan anak-anaknya di tanah perkuburan Kampung Air Hitam Labu, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini