PSM rombak barisan jurulatihan

PSM rombak barisan jurulatihan

PRESIDEN Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan (duduk,tengah) bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sepaktakraw Malaysia 2026 di sebuah hotel kelmarin. - BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) merancang melakukan rombakan terhadap struktur kejurulatihan skuad lelaki, wanita dan pelapis kebangsaan bagi memastikan pembangunan sukan itu lebih tersusun serta mampu melahirkan pemain kompetitif.

Presidennya, Datuk Sumali Reduan berkata, perubahan itu antara langkah yang sedang dipertimbangkan, termasuk keperluan menambah tenaga kejurulatihan bagi memastikan setiap skuad mendapat perhatian dan bimbingan khusus.

Menurutnya, rombakan berkenaan turut membabitkan kedudukan Ketua Jurulatih Kebangsaan, Ahmad Jais Baharun yang masih dalam pertimbangan sebelum keputusan muktamad dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Majlis Sukan Negara (MSN).

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, PSM melihat keperluan untuk menyusun semula tanggungjawab kejurulatihan supaya pembangunan tidak hanya tertumpu kepada skuad lelaki, sebaliknya turut memberi penekanan terhadap skuad wanita dan pelapis kebangsaan.

“Kita akan buat rombakan sedikit membabitkan lelaki, wanita dan juga pelapis, kerana kita perlukan ramai jurulatih memandangkan setiap skuad mempunyai keperluan tersendiri.

“Kita tidak mahu hanya fokus kepada lelaki sehingga mengabaikan wanita dan pelapis, malah pemain pelapis juga penting kerana ada antara mereka sudah mampu bersaing dengan pemain senior dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL),” katanya.

Sumali berkata, PSM turut mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat jurulatih dari Thailand bagi membantu meningkatkan kemampuan skuad wanita, sama ada menerusi program jangka pendek atau jangka panjang.

Beliau berkata, secara keseluruhan PSM menganggarkan memerlukan kira-kira 10 tenaga kejurulatihan termasuk seorang jurulatih khusus bagi acara chinlone.

Dalam perkembangan lain, PSM turut meluluskan sumbangan RM5,000 kepada atlet angkat berat negara, Muhammad Hafizuddin Roslin yang kehilangan tangan akibat kemalangan sehingga menjejaskan karier sukannya.

Sumali berkata, sumbangan itu dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PSM 2026 sebagai tanda keprihatinan persatuan terhadap nasib atlet berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini