Ibu berkerusi roda gigih membuat kuih

Ibu berkerusi roda gigih membuat kuih

Berkerusi roda
RAMLAH Abdul Rahman berkerusi roda menyiapkan kuih bersama suaminya di Kampung Bunohan, Tumpat.– UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang ibu cekal membuat pelbagai kuih walaupun dalam keadaan berkerusi roda demi menyara keluarga.

Ramlah Abdul Rahman, 54, dari Kampung Bunohan di sini tidak dapat berjalan selepas menjalani pembedahan di kaki kiri akibat kencing manis.

Katanya, akibat penyakit itu pergerakannya kini terbatas sehingga setiap kali memasak kuih di dapur dia perlu dibantu suami, Sudin Matsan, 63.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejak empat tahun ini pergerakan terbatas, memasak pun kena berkerusi roda dan perlu dibantu suami untuk menyiapkan bahan-bahan kuih.

“Kekurangan diri saya ini tidak mematahkan semangat untuk terus membuat kuih muih kerana ia adalah punca rezeki saya sejak 30 tahun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Ramlah, setiap hari dia akan bangun seawal pukul 5 pagi dan kuih yang siap di masak akan dijaja oleh anak lelakinya menggunakan motosikal roda tiga.

Katanya, pada sebelah petang pula saya akan memproses kuih sekali lagi untuk dijual di pasar petang.

“Antara kuih yang dihasilkan seperti pulut bakar, poli ubi kayu, ketupat, pulut berinti, bubur asyura.

“Inilah punca pendapatan saya selama ini untuk menyara anak seramai enam orang, masih ada seorang lagi yang perlu saya tanggung, sedang belajar di universiti, “ katanya.

Menurutnya, sebelum ini kuih yang diproses itu akan dijual sendiri di pasar petang di Kampung Bunohan dan sejak sakit, anak dan suami yang menguruskan jualan kuih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini