MCA akan sokong apa sahaja rancangan perkukuh BN - Utusan Malaysia

MCA akan sokong apa sahaja rancangan perkukuh BN

WEE Ka Siong berucap dalam Majlis Perhimpunan Agung Keempat Perwakilan MCA Ke-30 di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: MCA akan terus menjadi rakan setia Barisan Nasional (BN) dengan menyokong apa sahaja perancangan bagi memperkukuh gabungan berkenaan.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, parti juga bertekad menambah kemenangan BN pada pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Beliau berkata, kerjasama antara parti dalam BN perlu diperkukuh dan dipertingkat bagi memastikan momentum kebangkitan gabungan terus berkembang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bakal calon pilihan raya perlu turun bekerja di kawasan masing-masing kerana kemenangan pada masa kini sukar dicapai sekiranya mereka tidak dikenali dan tidak kelihatan di lapangan.

“Angin perubahan tidak akan bertiup tanpa kalian yang bekerja di lapangan. Untuk itu, MCA sudah bersedia,” katanya dalam ucapan dasar Majlis Perhimpunan Agung keempat Perwakilan MCA Ke-30 di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini hari ini.

Ka Siong berkata, harapan pihak lawan untuk melihat BN terkubur selepas kehilangan kuasa gagal, sebaliknya kebangkitan BN sejak lapan tahun lalu menjadi ketakutan dan keresahan mereka.

Katanya, MCA yang sebelum ini hanya memiliki satu kerusi Parlimen iaitu Ayer Hitam kini bertambah kepada dua selepas rakyat memberi mandat kepada Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai pada 2019 dengan majoriti 15,086 undi.

“Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) MCA juga meningkat daripada dua orang kepada 14 orang, dengan jumlah itu dijangka menjadi 16 sekiranya dua lagi ADUN lantikan di DUN Melaka dilaksanakan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana bertegas meletakkan calon MCA di kawasan berkenaan.

“Kemenangan itu merupakan hasil kerja keras seluruh jentera BN yang bergerak sebagai satu pasukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini