Central Hat Yai pusat bantuan pelancong Malaysia terkandas banjir

Central Hat Yai pusat bantuan pelancong Malaysia terkandas banjir

AHMAD FAHMI AHMAD SARKAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAT YAI (THAILAND): Pusat beli-belah Central di sini bakal menjadi titik bantuan kepada semua pelancong, termasuk dari Malaysia, sekiranya mereka menghadapi masalah atau terkesan akibat bencana alam di bandar ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, pusat beli-belah itu akan menjadi tempat berkumpul dan penghantaran ke kawasan selamat sekiranya pelancong terkandas akibat banjir yang mungkin berlaku di bandar itu.

Katanya, kewujudan pusat bantuan itu adalah hasil kerjasama Majlis Industri Pelancongan Wilayah Songkhla, Persatuan Hotel Hat Yai dan pusat beli-belah berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah satu inisiatif yang diambil oleh pihak berkenaan sebagai persediaan awal menghadapi kemungkinan banjir sebagaimana yang berlaku tahun lalu.

“Oleh itu pelancong, khususnya dari Malaysia yang terkandas akibat banjir tidak perlu bimbang dan mereka boleh menghubungi pasukan penyelamat untuk dikumpulkan di Central Hat Yai sebelum dihantar pulang,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan di bandar itu telah mengambil pelbagai langkah untuk membantu semua pihak yang berdepan masalah dan memastikan keselamatan pelancong dengan mewujudkan zon selamat.

Menurutnya, dalam banjir besar yang melanda bandar itu pada akhir November tahun lalu lebih 6,000 pelancong Malaysia terkandas serta memerlukan operasi pemindahan dan bantuan.

Dalam pada itu, Ahmad Fahmi menasihatkan rakyat Malaysia ke Thailand terutama ketika musim tengkujuh sekarang, supaya sentiasa memantau maklumat dan ramalan cuaca, mengambil insurans perjalanan lengkap dan memastikan ke­selamatan di jalan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini