Rangkaian telefon bimbit di Mexico alami gangguan meluas

Rangkaian telefon bimbit di Mexico alami gangguan meluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Pengguna telefon bimbit di Mexico melaporkan gangguan perkhidmatan secara meluas  yang menjejaskan rangkaian Telcel, AT&T Mexico dan Movistar, sekali gus menjadi insiden terbaharu membabitkan gangguan rangkaian mudah alih di negara itu.

Pengguna mula melaporkan masalah sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan), termasuk kegagalan membuat panggilan, kehilangan isyarat rangkaian selular serta masalah mengakses data mudah alih, menurut platform pemantauan gangguan perkhidmatan, Downdetector.

Telcel dikawal oleh America Movil, manakala Movistar masih dikendalikan syarikat telekomunikasi Sepanyol, Telefonica, sementara proses penjualannya kepada konsortium Amerika Syarikat (AS), Melisa Acquisition, sedang berlangsung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap America Movil dan Movistar belum memberikan maklum balas segera terhadap permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.

Sementara itu, AT&T Mexico berkata, rangkaiannya beroperasi seperti biasa dan sebarang kesukaran berkomunikasi dengan pelanggan rangkaian syarikat telekomunikasi lain berpunca daripada faktor yang tidak berkaitan dengan rangkaian itu.

Suruhanjaya Kawal Selia Telekomunikasi Mexico (CRT) juga belum memberikan maklum balas segera terhadap permintaan Reuters .

Gangguan terbaharu itu berlaku lebih sebulan selepas pengguna melaporkan masalah rangkaian pada pertengahan Oktober, termasuk kehilangan isyarat selular serta gangguan terhadap panggilan telefon dan akses data mudah alih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini